Caya lah my bro hisham
August 26, 2007 by abdulmuiz
This one write by my bro at his blog friendster ………..cayalah hahahhaha.Terus kan usaha anda.I will support u ;P
This is my personal blog, retarded philosophy, random discovery, political rants, travel and photos
I’m
so sad today damnn coz i have to delete my last post, my blog it’s
getting a bit complicated and hmmm… now siapa yang bersalah? sebelum
saya menulis blog ini saya telah memberitahu anda sebelum ini bahawa
blog ini adalah personal blog hisham b misri b saliman.Saya tahu
kawan-kawan atau bukan kawan saya munkin membaca blog saya. Saya
berharap anda dapat membaca dengan minda terbuka dan sekiranya anda
rasa bersalah sepatutnya anda berubah kerana saya tidak akan membuka
rahsia kawan-kawan cuma saya hanya menceritakan mengenai kehidupan /
life saya untuk sepanjang hari. Saya akan berusaha mempertahankan untuk
tidak meletak nama atau sesiapa dan saya berhak untuk menulis cuma apa
yang saya kesalkan bahawa seseorang itu tidak mahu mengambil iktibar
dari kesalahan mereka. Saya mahu mereka sedar mengenai kesalahan mereka
dan selalu saya juga mengutuk diri saya yang tidak sempurna agar dapat
berubah kepada yang baik. Bagi saya kepada kawan yang telah meluahkan
perasaan mereka kepada saya, ialah mereka berhak untuk menanyakan
pendapat dan meluahkan perasaan mereka kepada saya. Jangan salahkan
mereka kerana mereka berada dalam keadaan tertekan dan mereka
memerlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka. Bukankah anda
pernah jadi begitu? bukankah perkara positive untuk meluahkan tekanan
anda dalam bentuk perbincangan atau conversation?
Ya, Saya
munkin memalukan sesiapa yang membaca dalam blog ini, munkin anda atau
orang lain tapi apa yang telah anda pelajari? adakah anda berubah
kepada yang lebih baik? atau adakah anda meminta maaf kepada orang yang
anda sakiti? adakah anda jadi lebih terbuka, sentiasa ingat bahawa blog
ini adalah blog personal saya dan munkin ini berlaku pada anda atau
orang lain, jadi jangan meletakkan kesalahan kepada saya kerana manusia
itu serba kekurangan dan saya rasa anda mempunyai ego yang tinggi
sekiranya tidak mahu memberi menyedari kesilapan anda. Saya mengaku
bahawa apa yang saya tulis adalah mengenai relationship, retarded
philosophy, random discovery, political rants, travel dan photos.
Sekali lagi anda tidak perlu membaca blog saya sekiranya anda
menganggap saya mental, emosi dan memalukan anda. Kerana kita hanyalah
manusia yang mahu hidup kebahagiaan dan cuba untuk menyelesaikan
masalah masing-masing. Saya meminta maaf kepada sesiapa yang telah
merasakan saya memalukan anda kerana niat saya adalah satu sahaja iaitu
untuk merubah kepada yang lebih baik.Sewaktu saya baru mendapat lesen
kereta saya telah melanggar kereta jiran saya, jadi saya terus pergi
ker rumah beliau dan memberitahu saya telah melanggar kereta beliau.
Saya telah bercakap seperti ini- " Assalamualaikum, Bang saya minta
maaf saya dah langgar kereta abang tadi! jadi beliau terus marah dengan
berkata tanpa saya sempat menghabiskan ayat saya" Kau bawak kereta
macam mana? kau tak nampak ke keta aku and Bla Bla Bla Black Sheep!
Jadi saya hanya membalas kembali - "Abang Benda nie dah jadi, nasib
baikla saya bagitahu saya dah langgar kereta Abang dari saya langgar
lari macam mana? Terus beliau diam dan bercakap dengan nada perlahan
"Yela tapi kau dah langgar kereta aku" dan terus pergi melihat keadaan
kereta tadi. Saya percaya sekiranya anda jujur dan bercakap benar anda
akan berasa yakin dengan diri anda bukan? Sebab-sebab anda perlu
meminta maaf:
- Anda seharusnya meminta maaf
sekiranya anda menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga, mencuri duit
rakyat dan menyebabkan ekonomi negara jatuh! - Anda seharusnya meminta maaf
sekiranya sekiranya anda menyusahkan ibu, bapa,keluarga, suami, isteri,
tunang, boyfriend, girlfriend dan kawan-kawan. - Anda seharusnya meminta maaf sekiranya anda menipu, mencuri, berbohong,berhutang dan lain-lain lagi.
- Anda seharusnya meminta maaf
sekiranya anda berasa anda lebih bagus/baik/kaya/kacak/lawa/kurus dan
lain-lain dari seseorang kerana manusia itu serba kekurangan - Anda seharusnya meminta maaf kepada seseorang sekiranya anda menyakiti hati seseorang
Jadi turunkan ego anda dan fikirkan
kembali apa yang telah anda buat dan cuba meminta maaf kepada sesiapa
yang telah merasai keperitan, tekanan dalam hubungan. Bagi saya tidak
lambat untuk seseorang meminta maaf kepada orang yang disakiti dan
memulakan perhubungan yang lebih baik selepas anda mengakui kesilapan
anda……
One Response to “Caya lah my bro hisham”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
bagus gak tulisan dia.
aku lagi setuju camni:
anda harus sedia memaafkan org dengan redha kalo org minta maaf.
yg best nye, bukan senang nak maafkan org. tol tak? rasenye jiran yg kena langgar keter tu pon sama : susah nk maafkan org.
minta maaf mmg ler sonang, cuba kalo orang tu menipu, menyakitkan hati kita, … tikam blakang. tetiba dia minta maaf. sediakan anda maafkan? huuuuuuu….