October 15, 2007 by abdulmuiz
Aku mengambil kesempatan jikalau aku ade buat perkara yang menyingung peraasaan …biasalal kadang terbuat lawak bodoh ………terlepas kata , tp niat tu mmg takde pun nak menyingung perasaan pun hanya gurauan senda hehehee. Benda yang berlaku tu kita lupa kan yer 0 - 0 tp hati org ni kadang2 mana lah kita tahu umpama paku diketuk pada dinding then bila kita cabut masih ada kesan kan hahahaa.So sempena bulan syawal ni saya Saya Ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin
Posted in my feelings | No Comments »
September 9, 2007 by abdulmuiz
Assalamualaikum.
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, sesungguhnya yang terbaik itu datang daripadaNya dan kekhilafan itu datangnya dari diri saya sendiri. Baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa
Posted in Weblogs | No Comments »
September 2, 2007 by abdulmuiz
Aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA kepada rakan-rakanku . Akhir kata sambut lah dengan hati yang tenang dan bersyukurlah ke atas nikmat tuhan yg telah diberikan. Akhir kata, aku tujukan lagu warisan kepada anda semua dan ADAKAH MINDA KITA SUDAH MERDEKA ????
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
August 27, 2007 by abdulmuiz
Layan jer gambar 2 bawah ………nak tgk lagi tgk kat website budiman………

Posted in TRAVEL | No Comments »
August 26, 2007 by abdulmuiz
This one write by my bro at his blog friendster ………..cayalah hahahhaha.Terus kan usaha anda.I will support u ;P
I’m
so sad today damnn coz i have to delete my last post, my blog it’s
getting a bit complicated and hmmm… now siapa yang bersalah? sebelum
saya menulis blog ini saya telah memberitahu anda sebelum ini bahawa
blog ini adalah personal blog hisham b misri b saliman.Saya tahu
kawan-kawan atau bukan kawan saya munkin membaca blog saya. Saya
berharap anda dapat membaca dengan minda terbuka dan sekiranya anda
rasa bersalah sepatutnya anda berubah kerana saya tidak akan membuka
rahsia kawan-kawan cuma saya hanya menceritakan mengenai kehidupan /
life saya untuk sepanjang hari. Saya akan berusaha mempertahankan untuk
tidak meletak nama atau sesiapa dan saya berhak untuk menulis cuma apa
yang saya kesalkan bahawa seseorang itu tidak mahu mengambil iktibar
dari kesalahan mereka. Saya mahu mereka sedar mengenai kesalahan mereka
dan selalu saya juga mengutuk diri saya yang tidak sempurna agar dapat
berubah kepada yang baik. Bagi saya kepada kawan yang telah meluahkan
perasaan mereka kepada saya, ialah mereka berhak untuk menanyakan
pendapat dan meluahkan perasaan mereka kepada saya. Jangan salahkan
mereka kerana mereka berada dalam keadaan tertekan dan mereka
memerlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka. Bukankah anda
pernah jadi begitu? bukankah perkara positive untuk meluahkan tekanan
anda dalam bentuk perbincangan atau conversation?
Ya, Saya
munkin memalukan sesiapa yang membaca dalam blog ini, munkin anda atau
orang lain tapi apa yang telah anda pelajari? adakah anda berubah
kepada yang lebih baik? atau adakah anda meminta maaf kepada orang yang
anda sakiti? adakah anda jadi lebih terbuka, sentiasa ingat bahawa blog
ini adalah blog personal saya dan munkin ini berlaku pada anda atau
orang lain, jadi jangan meletakkan kesalahan kepada saya kerana manusia
itu serba kekurangan dan saya rasa anda mempunyai ego yang tinggi
sekiranya tidak mahu memberi menyedari kesilapan anda. Saya mengaku
bahawa apa yang saya tulis adalah mengenai relationship, retarded
philosophy, random discovery, political rants, travel dan photos.
Sekali lagi anda tidak perlu membaca blog saya sekiranya anda
menganggap saya mental, emosi dan memalukan anda. Kerana kita hanyalah
manusia yang mahu hidup kebahagiaan dan cuba untuk menyelesaikan
masalah masing-masing. Saya meminta maaf kepada sesiapa yang telah
merasakan saya memalukan anda kerana niat saya adalah satu sahaja iaitu
untuk merubah kepada yang lebih baik.Sewaktu saya baru mendapat lesen
kereta saya telah melanggar kereta jiran saya, jadi saya terus pergi
ker rumah beliau dan memberitahu saya telah melanggar kereta beliau.
Saya telah bercakap seperti ini- " Assalamualaikum, Bang saya minta
maaf saya dah langgar kereta abang tadi! jadi beliau terus marah dengan
berkata tanpa saya sempat menghabiskan ayat saya" Kau bawak kereta
macam mana? kau tak nampak ke keta aku and Bla Bla Bla Black Sheep!
Jadi saya hanya membalas kembali - "Abang Benda nie dah jadi, nasib
baikla saya bagitahu saya dah langgar kereta Abang dari saya langgar
lari macam mana? Terus beliau diam dan bercakap dengan nada perlahan
"Yela tapi kau dah langgar kereta aku" dan terus pergi melihat keadaan
kereta tadi. Saya percaya sekiranya anda jujur dan bercakap benar anda
akan berasa yakin dengan diri anda bukan? Sebab-sebab anda perlu
meminta maaf:
- Anda seharusnya meminta maaf
sekiranya anda menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga, mencuri duit
rakyat dan menyebabkan ekonomi negara jatuh!
- Anda seharusnya meminta maaf
sekiranya sekiranya anda menyusahkan ibu, bapa,keluarga, suami, isteri,
tunang, boyfriend, girlfriend dan kawan-kawan.
- Anda seharusnya meminta maaf sekiranya anda menipu, mencuri, berbohong,berhutang dan lain-lain lagi.
- Anda seharusnya meminta maaf
sekiranya anda berasa anda lebih bagus/baik/kaya/kacak/lawa/kurus dan
lain-lain dari seseorang kerana manusia itu serba kekurangan
- Anda seharusnya meminta maaf kepada seseorang sekiranya anda menyakiti hati seseorang
Jadi turunkan ego anda dan fikirkan
kembali apa yang telah anda buat dan cuba meminta maaf kepada sesiapa
yang telah merasai keperitan, tekanan dalam hubungan. Bagi saya tidak
lambat untuk seseorang meminta maaf kepada orang yang disakiti dan
memulakan perhubungan yang lebih baik selepas anda mengakui kesilapan
anda……
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
August 22, 2007 by abdulmuiz
Diam tidak bermaksud aku lupa
Diam tidak bermaksud aku bisu
Diam tidak bermaksud aku tiada
Diam tidak bermaksud aku tidak mengambil berat
Diam tidak bermaksud aku tidak mahu melayan
Diam tidak bermaksud tiada perasaaan kasih sayang
Diam tidak bermaksud kamu wujud
Tetapi masa tidak mengizin kan untuk aku bersuara dan aku bersuara
pada orang yang aku pilih sahaja dan yang mengambil berat akan aku.
sahaja kerna kehidupan itu ada lah pilihan.
Tak Bisakah ………..(Peterpand)
Posted in my feelings | No Comments »
August 15, 2007 by abdulmuiz
Mula2 aku lihat dia ………biasa jer seperti takde makna utk aku . Aku rasa mcm hendak buang sajer dia tu . Tapi bila dijaga dan dibelai rasa cinta dan sayang itu timbul membuatkan aku tidak mahu melepaskan nya hahhahaha
Cinta Kancil aku sudah berputik hehhehehee. Sebenarnya niat aku utk jual keta kancil kepada keta yang lebih besar sikit tetapi disebabkan susah untuk mendapat buyers dan kena bayar balik sebahagiannya membuat aku terpaksa aku cancelkan . So aper lagi aku pasang bodykit kancil jenis fiber 1 set berharga RM 80 jer murah tu ……..
Bila dah pasang ….timbul pulak rasa cinta pada kancil aku membuatkan aku sayang dan nak upgrade keta aku mcm2 hahahahha Tengok pun berkali pada hal bukan cantik pun
Tengah pikir samada nak focus pada bodykit atau audio. Klu performance aku tak nak kacau engine biar jer standart…..
Cinta sudah berputik apabila kita sanggup berkorban
Posted in Uncategorized | No Comments »
August 8, 2007 by abdulmuiz
Cabaran sudah lama bermula tapi sekarang baru aku rasa cabaran ini . Bukan senag untuk hidup senang bukan susah untuk hidup susah……. Entah kenapa mcm2 dugaan aku sedang hadapi. Tengah hari tadi keta aku kena langgar dgn lecture ynag cuai ketika hendak kuar parking .Nasib baik dia kata nanti dah baiki claim kat dia.
Bukan senang untuk aku berada di tahap ini…..dalam keadaan mental , rohani yang stabil hahhahaha .fizikal so far so good masih boleh bertahan. Cuma mental dan rohani perlu dipelihara dan di serami dengan perkara2 positif. Kalau tidak pasti aku tersungkur dalam dunia yang penuh kesesatan. Untuk mengekalkan keadaan seperti ni bukan senang , aku dah decide apa yang terbaik untuk aku tapi cabaran sentiasa ada didepan aku . Aku perlu tempuhi dengan penuh keazaman. Aku pula perlu memilih suasana yang betul supaya aku dapat mengekalkan keadaan aku sekarang. Cuma fizikal aku masih belum mantap , aku perlukan latihan seperti berjoging atau bersenam, tiap2 petang.
Dalam dunia perkerjaaan aku , aku tidak mengerti kenapa orang yang sudah ada master , bergelar doktor falsafah benda sekecil seperti memasang toner dlm printer pun tak boleh buat . Bagi aku amat memalukan ajer, terselah kemalasan mereka untuk belajar benda baru ……….itu lah hakikat apabila manusia tidak selari dengan zaman teknologi. Yang tinggal terus tertinggal dibelakang , yang maju terus kehadapan dan ilmu sentiasa dipelajari.
Belajar terus belajar
Posted in my feelings | 2 Comments »
August 6, 2007 by abdulmuiz
TIP PILIHAN: Angin Yang Sama Kita Layari
Muiz, pernah dengar tak istilah ini:
"The same wind blows on all of us... it's how we set our sail"(Angin yang sama meniup kita semua... apa yang membezakan adalahbagaimana kita melayarinya)
Sekiranya anda memahami istilah ini, anda memahami istilah sebenarkejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya dan mereka yangtidak berjaya? Kesemuanya adalah keputusan pada diri sendiri.
1. Anda bertanggungjawab atas hidup anda sendiri dan anda tidakboleh mengubahkan diri anda selagi anda menerima tanggungjawab itu.
2. Anda juga bertanggungjawab dengan siapa atau apa yang mendekatiminda anda. Mendekati orang yang salah atau kumpulan yang salahboleh berjangkit!
Kadang kala ianya berat, tetapi ianya adalah tanggungjawab anda.
Komen saya :Kita kena kuat kan mental, fizikal dan tidak lupa rohani kita baru kita boleh menghadapi semua cabaran hidup.
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
July 18, 2007 by abdulmuiz
Benda yang kite rancang tak semestinya akan jadi ….tapi mesti ada hikmah disebalik kejadian. Itu lah yang berlaku pada hari selasa, bertemu orang yang berjaya dalam hidup.Nasihat beliau telah membuat aku berfikir sejenak tentang kehidupan……….
Aku merasa kehidupan aku yang lalu telah menyimpang hehehhe dari landasan sebenar…….. tetapi masih dalam kawalan dan malam itu juga aku membuat keputusan yang boleh merubah totally kehidupan aku sekarang…………………..
My journey will begin………………
Be Positive, Think Positive , Talk Positve
Posted in my feelings | No Comments »